Sunday, August 17, 2008



BE-ONE MULTI GEL:

Di antara faedah Be-One Multi Gel (untuk kegunaan luar sahaja)

-Membantu memecah lemak (perampingan)
- Membantu menghilangkan selulit
- Membantu memulihkan sengal-sengal badan dan sakit sendi
- Membantu melegakan sakit gigi dan sengatan bisa
- Membantu mengatasi masalah sakit kepala dan migrain
- Membantu melegakan sakit perut dan senggugut
- Membantu mengecut jerawat
- Membantu memanaskan badan
- Membantu mengatasi masalah melecur
- Baik untuk tujuan Mengurut

The advantages of beauty and health that Be-One multigel offers:

- Burns Fat
- Evanesce cellulite / stretch mark
- Effective for joint pain anda muscle cramps
- To ease tooth pain and releif insect stings
- To relief headache and migraine problem
- To relief stomach pain and menstrual problem
- To contract pimples
- To increase body heat
- To relief burn problem
- Ideal for massage

Cadangan Pengambilan :-

Sapukan be-one multigel (melawan putaran jam) di bahagian-bahagian yang diperlukan. Urut sehingga menyerap (5-10 minit) satu atau dua kali sehari. Elakkan dicuci bagi tempoh 4-6 jam selepas penggunaan. Sebaik-baiknya cuci tubuh dengan air suam sebelum urutan dilakukan. Untuk mendapat kesan yang lebih baik, dicadangkan membalut tubuh dengan plastik (plastic wrap) selepas diurut dengan gel tersebut dan buka semula balutan selepas lebih kurang 60 minit.

The gel that has been formulated from the richness of natural resources is effective for slimming purposes. Apply the slimming gel with the anti-clock wise onto your selected area on the body. Massage untul it is fully absorbed into your skin (5-10 minutes) once or twice daily. It is suggested to wrap your body (for 1 hour) with the plastic wrapper after massaging.

Testimoni :-

Selepas melahirkan anak kedua saya mengalami masalah perut buncit dan sakit pinggang yang agak teruk . Kesakitan pinggang saya ada kala sampai ketahap saya amat sukar untuk mengiring ketika baring . Saya ada bertanya kepada doktor dan doktor mengatakan bahawa kemungkinan sakit pinggang di bahagian tulang belakang disebabkan oleh kesan2 sampingan suntikan ubat di tulang belakang ketika saya melahirkan anak pertama . Saya melahirkan anak pertama secara ceaserian . Disebabkan jarak usia anak pertama dan kedua yang agak rapat , maka tulang belakang saya sakit akibat menangung beban berat ketika mengandung anak kedua. Ini ditambah pula apabila saya terpaksa menjaga anak kedua saya yang lahir pra-matang dan terpaksa di tempatkan di NICU selama lebih 2 minggu . Bayangkan lah berpantang kat hospital.. mana ada bengkung, mana ada urut , mana ada tungku semua tu .. Bila anak dah sihat kami dibenarkan keluar masa tu lah baru pakai bengkung dsbgainya . So mula2 saya pakai be- one multi gel untuk mengempiskan perut yang buncit ni..tak de niat pun nak ubat sakit pinggang ..so saya sapu di sekitar perut, pinggang , belakang hingga ke bahagian punggung . Kemudian saya balut menggunakan bengkung biru julian yang jual kat cosway tu . Dalam 2 minggu saya buat mcm tu saya rasa ada perubahan kat tulang belakang saya, sakit dah beransur2 hilang . Dan sekarang ni alhamdulillah dah sebulan saya amalkan.. tulang belakang saya dah tak sakit , perut yang buncit pun dah agak kurang . Nak amalkan sampai buncit ni hilang ekekke...

Terima Kasih,

Azura Sunway 019-2732624

Testimoni 2 (29.08.07) sumber - forum

aku baru je try produk DCL(multigel)..bagus bangat..dah reduce aku punya strechmark..btol tau!

Bahan Kandungan :-

- Seaweed, Apple Cider Extract, Lemon Peel, Herbal Water, RO Water, Capsicum, Menthol Crystal, Carnbopol 940, Glycerin, T.E.A. & Colouring

100GM MAL04071478K
HARGA WM: RM44.50 | EM: RM48.50 | BRUNEI: $25.00 | S'PORE: $23.80
KOS PENGHANTARAN (sem. malaysia sahaja) : RM5.00





NIG'ELLA:

Minuman berfungsi yang ajaib yang diekstrak dari bijirin hitam (Premium Quality) secara perahan sejuk (Cold Processing) tanpa haba. Minuman istimewa Nig'Ella kaya dengan vitamin serta zat mineral yang diperlukan badan.

Berdasarkan kajian modn di Universiti Iskandariah (Mesir), 78% pesakit lelah sembuh setelah menggunakan bijirin ini.

Mengandungi fostat, ion dan karbohidrat yang mampu membunuh kuman dan baik untuk aktiviti anti kanser.

Mempunyai daya pengesan yang mengeluarkan larutan air seperti asid urik, deposit garam galian dan larutan organik dan volatial.

Nig'ELLA Oil boleh dicampurkan dengan sepasang D'Bless di mana ianya sangat baik untuk disapu pada luka kemalangan, kudis, kencing manis, kurap dan gatal-gatal serta lain-lain anggota badan yang lumpuh, luka terbakar dan lain-lain.

100% ekstrak Habbatussauda Super Grade, tanpa pewarna, perasa tiruan dan bahan pengawet.

The Nigella Oil is a natural anti-biotic and therefore produces no side effects. According to modern studies done at Alexandria University, Egypt, 78% of asthmatic patients were cured aftar consuming Black Seeds (Nigella Sativa).

Contains phosphates, ion, carbohydrates which are capable of killing germs. Is also good for anti cancer activities through continuous use and acts as disease prevention. Able to detect and therefore extract uric acid, minerals salt deposit and organic toxic.

TESTIMONI :-

Ramai diantara kita yang tahu khasiat Nigella Sativa atau Habbatus Sauda yang menjadi pengganti kepada madu. Kiranya kita beramal atau sentiasa mengambil madu maupun Habbatus Sauda, semua penyakit boleh diubati kecuali MAUT.

Dari pengalaman saya sendiri yang pernah menggunakan dan menjual banyak Habbatus Sauda sebelum ini, ianya amat berkesan bagi mereka yang mengidap lelah/asma dan mereka yang mempunyai masalah resdung. Anak buah suami saya yang hampir lelah kerana kurangnya pengawalan pemakanan, Alhamdulillah, semakin pulih.

Jika kita mengambil Nig'ELLA ini, pasti ada healing crisis nya. Samaada penyakit itu bertambah teruk atau akan demam dsb. Kalau yang rasa gatal-gatal di telinga akibat resdung, tekak gatal, muka berjerawat yang besar-besar, ada jeragat yang agak gelap dan besar, bab bersin tu, tok sah citer laaa, cubalah minum Nig'Ella seperti yang disyorkan.

Ada seorang sahabat saya yang bernama Ida, menghadapi tanda-tanda seperti yang saya nyatakan. Dia minum 2 titis Habbatus Sauda dan keesokan harinya, lelehan di telinga keluar dengan banyak dan dia terpaksa sumbatkan tisu untuk menahan lelehan tersebut. Kahak juga keluar dengan banyaknya..itu menandakan proses penyingkiran sedang berlaku dan bersabarlah bila kita berubat.

Begitu juga dengan lelah/asma. Nig'Ella adalah penawar terbaik. Segala zat dan vitamin juga adalah seimbang. Cubalah...

HARGA WM: RM45.00 | EM: RM49.50 | BRU: $25.00 | S'PORE: $23.50

KOS PENGHANTARAN : RM5.00

Kandungan : 10ML




AMAZING:
MADU AMAZING


• Produk istimewa yang dikomposisikan dengan 9 ramuan semulajadi Madu Asli, Kismis, Buah Tin, Kurma Merah, Habbatus Sauda, Buah Zaitun, Dong Quai, Dang Shen, Ubi Jaga dan lain-lain herba terpilih yang diilhamkan daripada kitab-kitab perubatan tradisional mampu membina imunisasi badan dan membina kembali usus. Gabungan herba-herba terpilih di dalamnya boleh diambil oleh yang menghidapi masalah gastrik, luka dalam perut dan pembedahan, asma, kelesuan dan batu karang untuk yang bermasalah.

A very special product composes of 9 natural essential Pure Honey, Raisins, Fig, Red Dates, Nigella Sativa, Olive, Angelica, Cononopsis pilosula, Smilax Myositiflora and other selected herbs from traditional medication recipe with ability to build up body immunization and to reform intestine/colon.

TESTIMONI

1. Saya dan anak perempuan saya yang berumur 11 tahun mencuba Amazing. Setalah 2 hari meminumnya megikut peraturan, saya dan anak saya mula merasakan perubahan. Anak saya asyik ke bilik air dan muntah sehari 2-3x. Selalunya dia akan muntah bila dia demam dan sakit tonsil. Tapi kali ini tak demam, tapi asyik muntah dan katanya dia muntahkan kahak. Begitu juga dengan saya. Setiap kali ke bilik air untuk mandi, wuduk atau buang air, pasti akan batuk yang macam orang sakit TB pulak. Bila batuk, akan keluarkan kahak yg agak banyak dan tidak tahu datangnya dari mana. Maksud saya, saya tidak batuk atau selsema untuk tempoh yang lama. Tetapi kali ini, agak lain pula. Hampir seminggu kami berkedaan begitu, sehingga serak suara saya. Baru saya teringat 3 tahun lepas, sepanjang tempoh mengandung anak yg bongsu, saya mengidap asma dengan agak begitu serius sehingga terpaksa menggunakan 'inhealer'. Saya pasti, segala lendir di dalam paru-paru itulah yang dikeluarkan sebagai kahak. Saya minum air yg banyak. Sekarang, anak-anak saya tidak lagi mengidap tonsil yang selalu menyerang hampir 2-3 bulan sekali dan akan menyebabkan mereka selalu demam.

2. Anak buah suami saya yang baru berumur 5 tahun, selalu batuk-batuk seakan mahu mendapat lelah disebabkan pemakanan yang tidak dikawal seperti selalu minum air sejuk dan ais. Selalu juga suka makan makanan yang dibeli dari luar yg mungkin banyak minyak dsb. Pada suatu malam (Mei 2005), anak buah saya batuk berterusan tanpa henti sehingga nampak begitu melelahkan. Lalu ayahnya menelefon suami dan meminta dihantarkan PI POWER WONDER WATER dan yang lain-lain yang dapat mengurangkan batuknya. Lalu saya bekalkan PI POWER, AMAZING dan NIG'ELLA. Alhamdulillah...pada malam itu, dia dapat tidur dgn agak nyenyak dan hanya terbatuk-batuk kecil. Ibu mereka memberi berterusan AMAZING kepada ketiga-tiga anak mereka kerana khasiat dan kebaikan AMAZING.

3. Saya Pn. Z, menghadapi masalah susah membuang air besar. Sudah bermacam-macam produk diluar sana saya cuba tetapi tiada kesan seperti yang saya inginkan. Perut menjadi buncit penuh dgn angin dan kotoran. Saya sentiasa mempunyai masalah sakit perut, senak ,memulas-mulas dan angin. Selepas kwn saya mengenalkan saya produk DCl nie, selepas 8jam saya makan MADU AMAZING, memang tidak sangka saya tidak berhanti terkentut-kentut dan buang air besar dgn byk sekali. Sekarang, alhamdulillah saya tiada masalah lagi.

Bahan Kandungan :-

- Madu Asli, Kismis, Buah Tin, Kurma Merah, Habbatus Sauda, Buah Zaitun, Dong Quai, Dang Shen, Ubi Jaga dan lain-lain herba terpilih.

Cara Pengambilan :

Makan 2 sudu sebelah pagi, 2 sudu sebelah malam. Gunakan sudu PLASTIK .

HARGA WM: RM45.00 | EM: RM49.50 | BRU: $25.50 | S'PORE: $24.50
KOS PENGHANTARAN (sem. malaysia sahaja) : RM5.00






NUAGE:

Sejarah NuAge

Telah dipercayai bahawa wanita-wanita di negara Scandinavia ada menyimpan rahsia untuk kejelitaan yang berkekalan. Walaupun dalam usia lanjut, wajah seri ayu dan kulit lembut seolah-olah tidak mempedulikan kesan hayat dan masa berlalu. Sains kini memberitahu kita bahawa rahsia Scandinavia itu bukan sebenarnya unsur-unsur genetik belaka. Kajian bertahun-tahun telah membuktikan bahawa tabiat pemakanan negara Nordik ini yang kaya dengan sumber semulajadi Bio Marin yang sebenarnya banyak mempengaruhi kesihatan dan kejelitaan kulit.

Apakah adunan di dalam NuAge?

Diadun daripada sumber makanan asli mewah yang menakjubkan, iaitu sumber marin (polysakarida, collagen, protein, chondroitins, elastin, karbohidrat dan lain-lain), ekstrasi dari buah anggur (grape) dan sayuran terpilih. Tanpa bahan kimia, suci dan halal.

Kesan Kecantikan

• Mengaktifkan serta membina sel-sel awet muda
• Mengawal bentuk badan
• Membantu memecahkan lemak
• Menghaluskan, menegang, melembap kulit
• Mencerahkan lebam bawah mata
• Mengatasi jerawat atau jeragat akibat hormon tidak stabil
• Mengatasi masalah kutil
• Mengatasi masalah pori-pori terbuka
• Mengatasi masalah bibir mudah pecah
• Mengatasi masalah kulit tangan dan kaki pecah
• Mengatasi masalah kuku mudah pecah
• Membantu merawat kulit muka yang rosak kerana penggunaan skincare yang mengandungi bahan kimia yang berbahaya

Anti ageing
Reduce fat layers
Control over your body shape
Improves skin texture
Improves skin softness
Improves skin elasticity
Improves skin moisture
Repairs hand and leg skin repture
Repairs fagile finger nails
Reduce black patch under the eyes
Diminishes pimple problems
Reduces blemishes
Minimizes open pores
Repairs crack lips
Help heals facial skin due effect of hash chemical in cosmetic


Kesan Kesihatan
• Membuang toksin dalam tubuh
• Membantu memulihkan luka luaran dan dalaman
• Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
• Membantu mengawal darah tinggi
• Mampu membersih dan membina kolon/usus
• Membantu proses penghadaman
• Membantu mengatasi masalah berak berdarah
• Membina, membersih dan melancarkan peredaran haid yang tidak teratur
• Mengawal/melambatkan proses menopous
• Sesuai untuk senggugut
• Membantu mengatasi masalah kerap keguguran
• Membantu mengatasi masalah kencing tak lawas
• Membantu mengatasi masalah kerap kena bisul
• Menguatkan akar rambut
• Meningkatkan daya ingatan
• Memulihkan daya tidur
• Sesuai untuk buasir, migrain, batu karang, gastrik, ulser, jantung berlubang dan lain-lain kekurangan jantung
• Meningkatkan stamina

Detoxification functions
Improves memory
Improves digestive system
Reduce insomnia
Heals and reduce haemorrhoids
Eliminate pain in joints or bones
Restore menstrual disorder
Eliminate or reduce period pains
Improve overall blood flow
Internal and external wounds heals faster
Controls and slow down the aging process
Heals gastric and ulcer
Improves immune system
Help to control blood cholesterol
Stronger immune system
Increase sexual desires
Reduces frequent abortions
Improve and restore urination
Strengthen hairs
Develop strong immune system

Soaljawab Tentang NuAge.

Soalan :-

Adakah NuAge memerlukan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan?

Jawapan :-

Tidak, NuAge adalah produk di bawah Bahagian Kawalan Mutu Makanan

Soalan :-

Apakah perbezaan NuAge dengan produk-produk kecantikan (pemakanan) yang lain?

Jawapan :-

1) Formulasi NuAge bukan sahaja untuk kesan kecantikan dan awet muda tetapi ianya juga sangat baik untuk membina kesihatan dan membantu merawat penyakit

2) Komponen-komponen marin NuAge adalah murni dan segar. Ini dapat mengekalkan kesan alahan dan kesan kerumitan.

3) Potensi rumusan NuAge adalah 4 kali lebih berkuasa dari produk yang terkenal dan termahal di pasaran Malaysia.

4) Anda hanya perlu makan NuAge sekali sehari sahaja.

5) NuAge lebih cepat bertindak - pengguna akan mula merasa kesan kebaikan dalam tempoh beberapa hari sahaja.

6) NuAge cepat berkesan kerana sifat mudah hadam bahan aktifnya.

7) Membantu supaya otot-otot jadi kurang lapisan lemak - cepatkan sintesis protein dan lengahkan katabolisma protein (pecahan protein).

Soalan :-

Kenapa NuAge di dalam sachet (kristal) dan tidak berbentuk pil atau kapsul dll?

Jawapan :-

NuAge adalah berbentuk kristal halus. Ia dibuat sedemikian rupa supaya mencapai penyerapan segera yang lebih cekap dan cepat.

Soalan :-

Adalah NuAge dibuat untuk kaum wanita sahaja?

Jawapan :-

Tidak, ia adalah makanan berfungsi dibuat untuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak.

Soalan :-

Apabila memakan NuAge, bolehkah seseorang mengambil makanan tambahan, vitamin, ubat-ubatan hospital, alopathy, ubat tradisional, ubat homeopathy atau lain-lain ubat alternatif?

Jawapan :-

NuAge adalah makanan yang bermutu. Anda boleh ambil sebarang ubat-ubatan, makanan tambahan atau vitamin bersama dengan NuAge. NuAge akan bertindak mengoptimakan keberkesanan tindakbalas ubat-ubatan dan makanan lain yang dimakan.

Soalan :-

Adakah NuAge sesuai untuk WANITA HAMIL?

Jawapan :-

Kajian telah membuktikan bahawa wanita hamil hanya perlukan makanan biasa. Makanan tambahan dan juga ubatan biasa jika boleh dielak adalah lebih baik. Formulasi NuAge memungkinkan tubuh akan merasa sedikit panas, di mana mungkin ianya tidak sesuai bagi sebahagian wanita hamil , TERUTAMA DI AWAL KEHAMILAN.

Soalan :-

Bolehkan NuAge dimakan oleh kanak-kanak?

Jawapan :-

Boleh. NuAge adalah selamat untuk kanak-kanak. Untuk kecederaan, luka, asma, lelah dan anak yang selalu berpenyakit boleh diberi NuAge. Orang dewasa dan juga kanak-kanak yang ada masalah jantung adalah sangat baik diberi makan untuk mengatasi beberapa jenis kekurangan jantung. Untuk kanak-kanak cuma berikan 1/4 - 1/2 sachet sehari. Jika susah makan, campurkan dengan jem atau jus dalam sudu kemudian minum secawan air.

Soalan :-

NuAge adalah makanan sumber yang kaya dengan marin (laut), adakah ianya akan menyebabkan alahan?

Jawapan :-

Daripada ujian dan maklumbalas adalah dianggap bahawa NuAge mungkin akan menyebabkan sedikit alahan kepada pengguna yang terlalu sensitif kepada makanan laut. Walaubagaimanapun, ramai pengguna yang mempunyai masalah alahan telah pulih setelah mengamalkan NuAge. Pada peringkat permulaan, mungkin terdapat sedikit tindakbalas (gatal-gatal) akan berlaku. Jangan berhenti makan NuAge. Amalkan makan lebih buah dan sayuran dan lebihkan minum air setiap hari, 8-12 gelas besar sehari dan jerawat akan hilang.

Soalan :-

Adalah akan berlaku kesan sampingan setelah memakan NuAge?

Jawapan :-

Tidak. Penggunaan NuAge memungkinkan berlakunya "healing crisis" atau kesan tindakbalas sebagai sebahagian dari proses perawatan dan penyembuhan pada kes dan keadaan tertentu. Jika anda mengalami keadaan di mana penyakit lama muncul kembali atau yang sedang dialami menjadi lebih sakit sedikit dan perubahan kepada fizikal tertentu, diharap jangan panik. Ianya merupakan kesan "healing crisis" yang bersifat sementara waktu. Ianya berlaku adalah kerana segala jenis racun/toksid dari badan dikeluarkan dan setiap kali NuAge bertindak ke atas sesuatu penyakit juga akan memungkinkan berlakunya kesan "healing crisis". Oleh kerana itu, "healing crisis" mungkin akan berlaku beberapa kali pada seseorang itu (bergantung kepada penyakit seseorang).

Soalan :-

Apakah kesan tindakbalas pemulihan yang selalu dialami oleh pengamal NuAge?

Jawapan :-

Antara kesan tindakbalas pemulihan kemungkinan dialami oleh pengamal NuAge adalah di antaranya :-

- Rasa mengantuk, sedikit keletihan, pening-pening, sedikit menggigil serta sedikit rasa sakit-sakit di bahagian-bahagian tertentu (selalunya pada organ yang pernah bermasalah atau sedang mengalami masalah). Kepada sebilangan orang yang berdarah kotor (tidak buang air besar), kemungkinan jerawat akan terjadi selepas beberapa hari.

-Jika berlaku keadaan seperti ini, diharap jangan panik. Ianya bukan kesan sampingan. Ia merupakan satu tindakbalas positif bagi tempoh sementara waktu sahaja. Teruskan makan NuAge dan minum air secukupnya.

Soalan :-

Adakah NuAge lebih mahal jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran?

Jawapan :-

Tidak. Ianya lebih berkhasiat dari jenama yang paling terkenal di pasaran antarabangsa. Kerana mutu dan khasiatnya, ia terkenal untuk kecantikan dan kesihatan dari dalam dan luar maka ianya amat menjimatkan.

Soalan :-

Apakah cara yang terbaik untuk makan NuAge?

Jawapan :-

Cara yang paling sempurna adalah dimakan semasa perut masih kosong pada awal pagi. Tuangkan Kristal NuAge ke dalam mulut (atau lidah) dan minum segelas air suam atau air jus 30 minit selepas pengambilan NuAge.

Dewasa (14 tahun ke atas) - 1 sachet sekali sehari

Kanak-kanak (12-14 tahun) - 1/2 sachet sekali sehari

Kanak-kanak (3 - 12 tahun) - 1/3 sachet sekali sehari

Kanak-kanak (kurang dari 3 tahun) - 1/4 sachet sekali sehari

TESTIMONI 1

Masalah bermula selepas melahirkan anak pertama secara pembedahan 14 tahun yang lalu. Semenjak itu, masalah kesihatan semakin teruk tanpa disedari. Saya mula mengidap Insomia kerana asyik terjaga di waktu malam kerana menyusukan anak. Semakin lama, semakin sukar untuk tidur dengan nyenyak. Mudah sangat terjaga walau terdengar bunyi yang perlahan. Kesemua empat anak saya, saya menyusukan sendiri sehingga berumur 2 tahun lebih (kecuali yg sulung sehinnga 8 bulan shj). Semenjak mula mengambil nuage, perubahan agak begitu ketara. Selang 2 malam, saya sudah dapat tidur yang nyenyak. Saya dapat mencapai Rapid Eye Movement (REM). Saya menjalani pembedahan caesarean sebanyak 3 kali. Yg sulung dibius sepenuhanya. Anak yang ke 3 dan ke 4 (2 tahun 5 bulan sekarang) adalah secara ?Spinal? (bius separuh badan). Luka akibat pembedahan demi pembedahan, sudah pasti lambat atau susah untuk sembuh sepenuhnya. Sejak melahirkan anak yang pertama, saya mengalami masalah urat. Urat yang tegang dibeberapa bahagian badan, sengal, ngilu, sakit, bengkak dan lain-lain lagi. Spinal/bius 2 kali di tempat yang sama, mengakibatkan urat di bahagian antara tulang belakang dan tengah pinggang sentiasa bengkak dan sakit. Lebih menyeksakan apabila hampir pra PMS. Bidan ada mengatakan yang bengkak di situ akan sentiasa ada. Urat kaki sebelah kanan dari tulang sendi punggung hingga ke betis, sentiasa rasa seperti tegang dan sakit. Bila sudah mencangkung, susah untuk berdiri semula..pasti kaki kanan seperti lemah. Saya tidak boleh membongkok atau rukuk lebih dari 3 minit. Hampir setiap malam sebelum tidur, saya wajib menyapu minyak angin pada bahagian betis dan pinggang. Kadang-kala perkhidmatan anak-anak untuk memijak-mijak kaki saya sebelum tidur amat diperlukan. Saya juga pernah mengurut dengan tukang urut lelaki (tanpa perlu membuka pakaian maupun tudung) yang mengatakan saya ini KEBAL, sebab saya boleh menanggung kesakitan urat yg tegang, keras, masuk angin dan lain-lain sekian lama. Alhamdulillah..tanpa disangka, hampir 90% masalah saya beransur hilang dengan pengambilan nuage. Tiada lagi rasa ngilu di bahagian bekas jahit dan sakit. Bengkak di bahagian spinal sudah hilang. Saya tidak perlu menyapu minyak angin selalu. Tak perlu lagi pantang makan sayur-sayur yang sejuk.

TESTIMONI 2

memang sejak di perkenal kan dgn nu age ni, sampai sekarang ct masih mengambil nu age dah nak masuk 6 kotak dah .. alhamdulillah... prubahan yang di rasakan memang menakjubkan, kan terdapat dalam hadis, tiada penyakit yang tiada ubatnya, jadi, kita kena ikhtiar. maka, ikhtiar kita, kita kena lah carikan penawarnya, seeloknya bukan dari kalangan jenis mengandungi ubatan? dari kalangan dadah tidak tepu (betul ker istilah ct nie..) sejak ct baca pengalaman mengamalkan nu age, beliau cakap memang berkesan terutama selepas beliau melakukan pembedahan caeseran, jadi ct ni pun pernah alami pembedahan juga tapi bukan pembedahan bersalin tetapi kemalangan. ermm... malas nak cerita yang lepas? tapi ct nak cerita pengalaman ct dari kesan memakan nu age ini.

1) JARI TENGAH CT TERPUTUS URAT(bukan putus jari tao..!) SBB KENA PINGGAN MAKAN PECAH MASA TINGKATAN 5: kaki ni takleh gerak/belokkan ke kanan, ke kiri tapi sejak makan nu age, kaki ni mula rasa kebas, kalau nak solat, masa duduk, dulu kebas, skrg dia dah pandai lenguh dah.. maknanya ada respon...!! alhamdulillah... semua ni ketentuan Allah, wallahualam..

2) BAHU KIRI CT PATAH, DAH MASUKKAN PLATE BESI 12 CM MASA DUK BLAJA KOLEJ TAHUN 1998: dulu kalau nak tido takleh lelama sebelah kiri ni, kalau tertindih bahu ni, memang kalau kita brbalik ke sebelah kanan, bahu ni akan jadik lumpuh secara automatik..!!tapi kejap jer dalam seminit.. tapi bimbang laa kan, takut buat selamanya.. ct pernah lumpuh tangan kiri akibat kemalangan ini selama 2 bulan, memang 100% lumpuh...! tapi banyak buat exercise/solat hajat, sejak haritu , memang boleh gerak, tapi takleh lasak?. sejak makan nu age, ct dah boleh tido mengiring sebelah kiri dengan lebih lama dan tangan kiri dah boleh letak atas hadi masa nak tido, wallahualam.

3) MASA MAKAN SEJAK SETAHUN DUA NI SELALU TERCEKIK: orang tua kan ker larang kita makan nasi berselang air? so,ct selalu tercekik... memang memalukan.. nampak sangat pelahap..!! tapi tulah selalu tercekik, ct selalu teguk air sampai hb selalu marah (paham? lerrrrr.....) skrg memang totally dah dibuang dengan tabiat tu. ct tak sedar tau, hb yang tegur, aikk... awak dah tak tercekik masa makan? yang ct perasan ialah apabila ct makan selepas teguk GC, dan waktu sebelum tido malam tu tuang nu age. tapi org makan nu age pagi kan? tapi ct teguk malam sbb memang ade kesan keesokkan hari tu.

4) TABIAT TIDUR MENIARAP MENYEBABKAN SAKIT BELAKANG: yang ni nampak dengan jelas sangaaaat..!! sejak amalkan nu age, memang badan rasa ringan jer... kalau nak bangun senang jerk.. ct kan ker montel & debab.. heheh... so perkara susah nak bangun apabile duduk lama/tidur meniarap memang ct alami. sejak amalkan nu age ni, memang berhasil... wallahualam...

TESTIMONI 3

akak pun baru masok hari ketiga makan nuage ni. Memang lain org lain taste bud dia yer. Pada akak, nuage ni memang la tersangat sodap. Kalau boleh langgah 2, 3 sachet sekali hadap pon tak per. tak payah telan air pun tak pe gak. Tapi tak leh lah kan. Cakap pasal kesan dia plak, hmm.. semenjak dua menjak ni, muka ni macam naik ruam plak. Merah merah gitu. Healing crisis ke tu? Muka akak walaupun selama ni tak lah licin cam ct norhaliza gitu, tapi masalah jerawat memg tak ada. Tapi la ni ada lak bintik bintik merah naik kat dahi & pipi. Harap harap mende ni hilang dlm seminggu ni, 'coz 1st May nanti anak sedara punya wedding. Malu la weh..kalau muka ku sebegini ghoper nye. anyway, semenjak guna produk-produk dcl ni memang terasa sehat badan. Walaupun baru je lagi guna, about satu minggu setengah gitu, dah terasa kesan positif. Yg macam Sheila cakap pasai sakit lutut sumer tu, mmg betol lah sgt nya. Seblom ni, lutut akak selalu sakit. Almaklumlah kan, badan kita ni 'kiut-miut'..Tapi la ni, banyak sgt kureng nyer. Kalau nak sujud waktu solat tu, laju je turunnye. kalau dulu, kena slow-slow sket.. akak skang dah masuk kotak kedua (dah tinggai separuh).

Kesan-kesan yg paling obvious:

1) ruam-ruam kat bahu & atas breast. Mmg kalau garuk sedap betul..tapi tahan kan jer lah..

2) ngantuk giler waktu pagi, esp time tengah drive kete gi kerja. Kekadang tu rasa cam nak berenti tepi jalan sat , layan bijik mata... Tapi kulit tapak kaki masih lagi tak brapa ada perubahan. Masih lagi keras cam kulit buaya..agaknye nak kena rembat dua tiga kotak lagi kot baru kulit buaya tuh bertukar jadi kulit cicak...

TESTIMONI 4

tommy pun dah langgah nuage nie.. dah masuk 2nd box... seperti yg kak Leila kata, mmglah nampak perubahannya... pecah kaki alhamdullilah dah kureng... so, pada sesaper yg nak cuba.. cubalah... tak rugi tau...!! sungguh berbaloi

TESTIMONI 5

Kulit muka saya, warnanya tak serata. Saya sudah mencuba pelbagai produk yang menawarkan pelbagai keistimewaan, namun tidak banyak yang berubah. Di bahagian tulang pipi masih kelihatan jeragat dan agak kasar kulit muka saya. Nuage telah mengurangkan tompokan jeragat dan parut jerawat lebih mudah hilang (jerawat tumbuh 2 biji akibat healing crisis). Warna muka hampir sekata dan saya tak perlu memakai foundation untuk kulit wajah kelihatan licin dan rata. Bahagian bawah dagu juga kulitnya lebih lembut dan halus.

TESTIMONI 6

Saya juga malu untuk memakai baju tanpa lengan di rumah kerana kulit di bahagian bawah lengan pecah-pecah akibat penahanan air yang berlaku (water retention). Lengan saya amat hodoh. Kelihatan seperti dikelar-kelar dan bahagian dalam kulit yang nipis ini pula, seperti telah mati. Dicubit, ditarik, sudah tidak rasa apa-apa. Contoh rupanya seperti Roti Perancis (French Loaf) di mana bahagian permukaan di kelar-kelar sebelum dibakar. Dan selepas dibakar, kelar-kelar tersebut akan kelihatan dengan lebih ketara dan berkedut-kedut/berlapis-lapis sedangkan kulit luar roti itu licin sahaja. Berbagai jenis gel atau krim telah saya cuba untuk disapu agar dapat mengurangkan keadaan kulit yang pecah dan menggelambir ini. Namun, Mungkin kerana kulit yang pecah-pecah ini sudah mati maka susah untuk saya mengurangkan saiz lengan saya yang besar dan menggelambir.

TESTIMONI 7

Dengan pengambilan Nuage, saya tak sangka yang saya dapat merasakan deria sentuhan di kulit yang pecah-pecah. Apabila dicubit, saya sudah boleh merasa sakit. Saya rasa itu menunjukkan kulit 'mati' saya dapat dipulihkan Kini kelar-kelar yang kelihatan hodoh, sudah semakin halus dan semakin rapat. Maka dengan bantuan Gel Multi-Active, saya dapat mengecilkan sedikit saiz lengan dan lebih pejal. Itulah di antara kebaikan yang saya dapat dari pengambilan nuage.

TESTIMONI 8 (ONLINE DARI KEDAI-E)

mmm..result dia..ketara tang kulitlaa..jadik gebu..muka jadi blushing..pink gitu..kita dah tak yah pakai make up..open pores pun dah kecik..mm pendek kata suka sgt... er taun lepas..maser tu stil bresfeeding..seminggu lepas tu raser susu belah kiri makin bengkak..air susu lagi banyak..tumit kaki pun dah kurang rekah..hehe

TESTIMONI 9

Nama saya Azlina. Saya telah mencuba produk DCL ni setelah kawan saya Puan Khamisah Mohd Jamil (Pengasas Kedai-E) sarankan. Salah satu produk yang saya & suami dah cuba ialah nuAge. Mulanya saya tak pasti tapi saya cuba gak. Selepas saya mengamalkan selama 15 hari, kutil di muka saya mengecut & tertanggal tanpa saya buat apa2. Hingga kini dah hampir 2 bulan saya amalkan. Beberapa orang tegur wajah saya nampak lebih berseri & licin. Ini kerana kutil besar & beberapa kutil2 kecil di muka saya dah mula hilang. Saya terus syorkan pada kawan2 saya.

Testimoni 10 (31.05.07)

dari fathi_amin123@yahoo.com

Assalamualaikum..kak khem Apa khabar?Semoga sihat dan di lindungi Allah selalu.

Seperti yang saya janji semalam..ini testimoni saya.. Saya mencuba NuAge sejak sebulan yang lalu dan kesannya mmg sangat baik dan ketara.Kulit saya mengalami jeragat yang agak teruk akibat perubahan hormon semasa mengandung anak kedua.Selepas seminggu mengguna NuAge jeragat saya semakin pudar dan kesan2 jerawat juga semakin menipis.Suami saya banyak perasan dengan perubahan ini. Selain itu saya terpaksa travel dari Muar ke Melaka setiap hari kerana saya bekerja di Melaka.Memang amat meletihkan dengan ada 2 orang anak lelaki yang masih kecil (yang sulung 3 1/2 tahun dan baby 3 bulan).Tetapi selepas mengambil Bidadari saya rasa keletihan saya semakin kurang n mood saya sentiasa baik bila balik dari kerja setiap hari. Bukan saja dapat layan anak2 dengan baik.. ayahnya pun dapat layanan first class. Alhamdulillah..saya memang bercadang nak teruskan pengambilan NuAge dan Bidadari.Kesannya amat bagus dengan izin Allah Saya pun bercadang nak perkenalkan produk ini pada kawan2 dan keluarga saya.

TESTIMONI 11 (01.08.07)

dah nak masuk kotak kedua setgh tapi tak perasan pape.. cume rasa cam bawah mata dah kurang sembap skit.. tapi tak tau la sebab apa..hhii.. neway hanya org len je yang leh kasik tau kita ada perubahan ke tak

TESTIMONI 12 (07.09.07)
live dari chatbox AyuJelita.com

#7261 16.47: ermm cantik nya akak model tu???
zara 16.50: dah baca ke belum
#7261 16.50: dah....
zara 16.50: baca testimoni tu sekali
#7261 16.51: ha baca...betul ke...
zara 16.51: ye yang bagi testimoni tu semua orang yang ambik nuage
kak_khem 16.51: zara pun ambik gak so leh tanya dia
#7261 16.51: oooo...
zara 16.52: akak sendiri pun dah ambik nuage
#7261 16.52: zara dah lama ke amalkan nuage ni...
#7261 16.52: dah bape kotak????
zara 16.52: dah tiga bulan dah
zara 16.52: dah 3 kotak
#7261 16.52: ok..ape perubahannya...
zara 16.53: setakat ni alhamdulillah , semua kawan kawan dok kata muka gebu tak dak lagi lah pori piri muka yang terbuka, dullu ade masalah kaki merekah, tapi la ni dah ilang dah
zara 16.53: muka pun dah jarang naik jerawat
zara 16.54: cuma naik jerawat bila nak p........ je
#7261 16.54: ermm..itu petanda dia..dh tak leh elak...
zara 16.54: senggugut pun dah ilang

Testimoni 13 (26.10.07)
testimoni dari ym ngan sorang kawan as at 9.00 am

mummy : mummy amik tau nuage tu
mummy : tak tau la ada kesan ke tak
mummy : sebab ari2 pandang kan
mummy : tp mmg rasa bibir dh tk kering mcm dulu dh
mummy : rambut pun dh tk bnyk gugur bila syampoo
kak khem : dulu ada sorang ahli ni
kak khem : ambik nuage sbb operate kat dada dia
kak khem : dulu masa dtg kat umah ambik stok..comot jer
kak khem : baru ni jumpa sblm raya...mak aiii lawa noorrrr
mummy : mummy amik nua ge gak tp tang muka tk nampak la
mummy : cuma tu la tang rambut ngan bibir
kak khem : baru kotak ke brp?
kak khem : dia repair tang mn rosak lebih ler
mummy : dah kotak ke-6



Bahan Kandungan :

- Protin dan karbohidrat marin, ekstrak buah-buahan, sayur-sayuran asli dan kondisioner makanan yang dibernarkan.

Cara Pengambilan :

Tuang 1 sachet NuAge ke dalam mulut, hisap dan telan. Cuba elak dari ambil sebarang minuman dalam 30 minit selepas pengambilan NuAge. Pengambilan cuma 1 sachet setiap awal pagi semasa perut kosong.

HARGA WM: RM78.00 | EM: RM85.00 | BRU: $41.00 | S'PORE $41.00

KOS PENGHANTARAN : RM5.00

3GM X 15 Sachets